Friday, August 27, 2010

Utusan yang hina


Inilah tajuk utama akhbar yang hina. Siapa lebih hina,? saya rasa Utusan lebih hina daripada tahi. Otak orang Malaysia terus dihina oleh Utasan sampai bila?

Sunday, August 8, 2010

Negara Kaya, Tetapi Rakyat Miskin

Negara kaya, tetapi rakyat miskin. Indonesia, Saudi Arabia, Burma(Myamar), Iraq, Iran dan Malaysia, negara-negara yang kaya dengan sumber alam, tetapi kebanyakan rakyat jelata miskin. Apa masalahnya? Mana pergi hasil daripada sumber alam? Berjuta-juta ton minyak petroleum digari daripada bumi, muncullah kuasa-kuasa besar dalam bidang ini, antaranya juga menjadi kalangan golongan yang terkaya di dunia. Ini satu kenyataan dunia hari ini, banyak negara masih ketinggalan kerana kekayaan negara tidak diurus dengan baik dan pengagihan kekayaan tidak seimbangan. Di  negara yang kaya dengan petroleum, pengeluaran petroleum ialah kekayaan yang besar, diagih secara purata kepada rakyat mesti boleh mengurangkan beban hidup rakyat, sekurang-kurangnya tidak hidup dalam kemiskinan. Jikalau rakyat masih miskin, ini bermakna berlakunya pengagihan kekayaan yang tidak seimbangan. Kesimpulannya, kekayaan daripada sumber alam masih ada dalam bumi ini, tetapi dikuasai oleh segolongan kecil yang kaya-raya.

Di Malaysia, minyak petroleum banyak juga, malangnya masalah rakyat miskin banyak juga, antara negara-negara yang mengalami masalah yang tersebut diatas. Tambahan lagi, Malaysia bukan sahaja kaya dengan petroleum, pasir sahaja pun boleh jadi satu pendapatan yang lumayan. Memang betul, kekayaan daripada sumber alam diagih begitu sahaja tidak akan menyelesaikan masalah kemiskinan, ianya akan mengurang produkiviti negara secara keseluruhan. Tetapi jika kekayaan negara diurus dengan baik, ianya akan menjadi teras kemajuan negara, negara maju ke depat bermakna tarap rakyat hidup mengingkat, secara tidak langsung masalah kemiskinan akan dikurangkan.

Bagaimana kekayaan negara boleh diurus dengan baik? Ini tanggungjawab utama kerajaan, khususnya golongan pemimpin yang berkuasa. Saya selalu dengar orang kata, "rasuah musuh utama negara."Memang betul, rasuahlah yang menyebabkan banyak kekayaan negara dipindah ke akaun-akaun segolongan orang yang mengendalikan kerajaan dan koloni-koloninya. Sebagai contoh, kes penyalahgunaan beratus-ratus juta ringgit wang kerajaan di PKFZ, ke mana wang itu pergi? Jika wang itu diguna untuk memperbaiki jalanraya di seluruh negara secara berkesan, qualiti semua jalanraya boleh dipertingkatkan. Ini bermakna kemalangan di jalanraya boleh dikurangkan dan rakyat rasa lebih selesa semasa mengunakannya. Inilah tarap rakyat hidup meningkat.

Lebih 50 tahun kuasa di tangan peminpin orang Melayu di Malaysia, tetapi peratusan kaum Melayu yang miskin jauh lebih tinggi daripada kaum Cina. Ini satu kenyataan, siapa yang bertanggungjawab ke atas ketidak-seimbangan ini? Secara umum ialah kerajaan, secara khususnya ialah pemimpin-peminpin UMNO. Banyak peminpin-peminpin kerajaan dan koloni-koloninya sudah kaya-raya, kebanyakan daripada mereka ialah kaum Melayu. Ada antara mereka hanya jadi proxy sahaja, senang saja mereka dapat komisen daripada perniagaan besar-besar kerajaan. Begitulah terjadi golong Melayu yang kaya-raya, mereka menikmati kemewahan yang besar dengan senang dan tidak ingin mengubah keadaan yang menguntungkannya. Inilah halangan besar kerajaan membela  nasib golongan miskin. Apa maksud pembangunan jika tempat kehidupan Orang Asli terjejas? Syarikat-syarikat besar mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk melaksanakan pembangunan di tempat orang asli tanpa  berunding dengan Orang Asli. Pampasan yang diberi kepada orang Asli sangat tipis jika dibanding dengan keuntungan hasil bumi yang dimusnakan. Siapa yang untung? Orang Asli dapat sikit, tetapi hilang semua selepas itu. Wang bukan segala-galanya bagi orang asli, perubahan yang tiba-tiba itu satu perkara yang zalim. Keuntungan syarikat-syarikat milik golongan kaya diutamakan, kepentingan negara atau kerajaan jatuh ke tangga kedua, keselesaan rakyat hanya cuba sahaja, kemajuan kaum Melayu amat bersemagat tetapi buat sikit sahaja, keperluan Orang Asli boleh diabaikan, inilah cara bekerja pemimpin Malaysia sekarang.   

       

     

Wednesday, February 25, 2009

Mana satu lebih hina, Utusan atau babi?



"DAP hina Islam?" Ini tajuk besar Utusan Malaysia baru-baru ini. Secara umum, babi dianggap "hina" sejak ia dilahirkan. Ini adalah takdirnya sebagai babi sejak dunia ini dicipta oleh Tuhan. Utusan Malaysia, satu akhbar di Malaysia, selalu memain-mainkan isu-isu yang kotor, mengapi-apikan emosi pembacanya, memperbodorkan masyarakat Melayu. Secara umumnya, baca Utusan lebih, dosa lebih kerana api dalam badan telah dibangkit olehnya. Akhbar yang berniat jahat ini sebenarnya lebih hina daripada babi. Babi hanya dianggap hina atau najis jika dipandang dari segi fizikal, tetapi Utusan lebih hina daripada babi kerana isi kandungannya bayak bercanggah dengga ajaran Islam.
Sebagai akhbar yang paling berpengaruh di masyarakat Melayu, Utusan selalu membuat atau memcipta cerita yang bukan-bukan supaya orang Melayu benci orang-orang bukan Melayu, ini amat bercanggah dengan ajaran Allah yang memcipta kita berbagai-bagai kaum dan bangsa supaya kita boleh kenal-mengenal antara satu sama lain. Jika biar sikap akhbar ini berterusan, pembacanya juga dipermainkan untuk kebaikan segolongan orang yang tidak beriman. Siapa lebih hina?