
"DAP hina Islam?" Ini tajuk besar Utusan Malaysia baru-baru ini. Secara umum, babi dianggap "hina" sejak ia dilahirkan. Ini adalah takdirnya sebagai babi sejak dunia ini dicipta oleh Tuhan. Utusan Malaysia, satu akhbar di Malaysia, selalu memain-mainkan isu-isu yang kotor, mengapi-apikan emosi pembacanya, memperbodorkan masyarakat Melayu. Secara umumnya, baca Utusan lebih, dosa lebih kerana api dalam badan telah dibangkit olehnya. Akhbar yang berniat jahat ini sebenarnya lebih hina daripada babi. Babi hanya dianggap hina atau najis jika dipandang dari segi fizikal, tetapi Utusan lebih hina daripada babi kerana isi kandungannya bayak bercanggah dengga ajaran Islam.
Sebagai akhbar yang paling berpengaruh di masyarakat Melayu, Utusan selalu membuat atau memcipta cerita yang bukan-bukan supaya orang Melayu benci orang-orang bukan Melayu, ini amat bercanggah dengan ajaran Allah yang memcipta kita berbagai-bagai kaum dan bangsa supaya kita boleh kenal-mengenal antara satu sama lain. Jika biar sikap akhbar ini berterusan, pembacanya juga dipermainkan untuk kebaikan segolongan orang yang tidak beriman. Siapa lebih hina?

